Monday 6 June 2011

Taman untuk orang ramai tanam pokok ganja?


PHOENIX - Sebuah syarikat yang beribu pejabat di California, weGrow membuka sebuah taman pokok ganja seluas sebuah pasar raya di sini pada Rabu lalu.

Taman itu menyediakan kemudahan kepada orang ramai yang mahu menanam pokok ganja milik mereka sendiri untuk tujuan perubatan.

Menurut pengasas syarikat itu, Dhar Mann, pihaknya menjual produk dan perkhidmatan kepada orang ramai yang mahu menanam pokok ganja.

Dia berkata, taman itu menawarkan 2,000 produk termasuk tanah, lampu dan ruang pengairan tetapi tidak menjual pokok ganja.

Seorang doktor juga disediakan di taman itu bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan kelulusan perubatan dan memohon kad kelulusan daripada Jabatan Kesihatan untuk menanam pokok ganja. - Reuters

p/s: gila apa doktor buat menanam pokok ganja..inikah amerika bebas?

Friday 29 April 2011

Tiga juta pemain video Sony digesa batal kad kredit?

GAMBAR fail menunjukkan permainan video PlayStation di Hanover, Jerman pada 15 Mac 2007.

LONDON - Sejumlah tiga juta pemain permainan video yang menjadi mangsa penggodam melibatkan rangkaian permainan Sony PlayStation di Britain digesa agar membatalkan kad kredit mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Nasihat itu diberikan selepas Sony berdepan kemarahan 77 juta pengguna Sony PlayStation di seluruh dunia yang kini berisiko menjadi mangsa kumpulan penipu yang mencuri nama, maklumat, data bank serta kata laluan mereka.

"Ia merupakan antara kes menggodam data yang terbesar pernah direkodkan. Jika kad kredit saya hilang semasa saya menaiki teksi, saya akan membatalkannya. Namun, ia lebih teruk jika Sony menghilangkan maklumat kredit kad anda," kata seorang pakar keselamatan komputer, Graham Cluley.

"Pencerobohan internet ini bukan sahaja menjatuhkan imej Sony tetapi turut mendatangkan bahaya kepada para penggunanya," tambah pakar berkenaan.

Para pemain berang kerana Sony hanya mendedahkan perkara itu pada Selasa lepas iaitu seminggu selepas akses dalam talian melibatkan Rangkaian PlayStation digantung.

"Anda (Sony) menunggu hingga seminggu untuk memberitahu kami bahawa data peribadi kami telah digodam," kata seorang pengguna Rangkaian PlayStation.

Mengulas mengenai ketidakpuasan hati pengguna, Sony bagaimanapun menyatakan, ia lambat mendedahkan perkara tersebut kerana pada awalnya tidak menyedari bahawa pencerobohan maklumat itu berlaku pada skala besar.

Dalam perkembangan terkini, Sony memberitahu, ia telah menukarkan maklumat peribadi yang dicuri penggodam ke dalam bentuk kod rahsia sekali gus mengurangkan risiko maklumat tersebut digunakan untuk tujuan jenayah.

Ia turut menyatakan bahawa tidak ada bukti bahawa data maklumat kad kredit tersebut sudah dicuri.

Menurut Sony, data kad kredit itu telah diasingkan daripada maklumat yang terdapat dalam kad berkenaan.

- Agensi

p/s : macam mana PlayStation 3 ada kad kredit?

Samsung saman balas Apple?

Seorang pekerja syarikat Samsung di Seoul semalam menunjukkan telefon pintar keluaran syarikatnya, Galaxy S (kiri) dan iPhone 4 keluaran Apple.

SEOUL - Pengeluar barangan elektronik Korea Selatan, Samsung memfailkan saman hak cipta terhadap Apple berhubung gajet iPhone dan iPad keluaran firma Amerika Syarikat (AS) berkenaan dalam kes saman balas selepas Apple mendakwa Samsung meniru produknya.

Apple sebelum ini mendakwa telefon pintar dan komputer tablet buatan Samsung ditiru daripada iPhone dan komputer iPad keluarannya.

Saman balas Samsung itu dikemukakan beberapa hari sebelum ia melancarkan produk terbarunya.

Tindakan itu boleh menjejaskan hubungan perniagaan kedua-dua syarikat gergasi komunikasi tersebut.

Apple memfailkan saman terhadap Samsung pada Jumaat minggu lalu dengan mendakwa firma Korea Selatan itu melanggar paten dan hak cipta membabitkan gajet iPhone dan iPad keluarannya.

Dalam satu kenyataan semalam Samsung sebaliknya mendakwa bahawa gajet iPhone dan iPad keluaran Apple telah melanggar paten teknologi mudah alih pihaknya.

Sehubungan itu, Samsung meminta Apple supaya berhenti meniru teknologinya dan membayar sejumlah ganti rugi.

"Apple menyaman Samsung baru-baru ini kerana ia bimbang dengan kebangkitan Samsung dalam pasaran gajet yang sebelum ini dicipta olehnya," kata seorang penganalisis firma Daewoo Sekuriti, James Song semalam.

Apple telah menjual 18.6 juta telefon pintar iPhone dalam suku pertama tahun ini namun Samsung dilaporkan menjual sekitar 13 juta telefon pintarnya pada suku sama dan merancang untuk menjual 60 juta telefon itu pada tahun ini. - Reuters

p/s : bukan ke BlackBerry dan Nokia ada iPhone dan iPad sama sepert ini? siapa meniru siapa?

Thursday 28 April 2011

Pengguna Playstation terkejut, kecewa?

GAMBAR fail menunjukkan seorang lelaki bermain permainan Sony PlayStation 3 di Tokyo, Jepun pada 9 November 2006.

TOKYO – Syarikat Sony Corp memberi amaran bahawa penggodam mencuri nama, alamat dan kemungkinan kad kredit daripada 77 juta pengguna akaun rangkaian permainan video dalam talian Playstation.

Pendedahan itu merupakan salah satu daripada pencerobohan maklumat keselamatan di internet yang paling besar pernah berlaku.

Syarikat gergasi elektronik dari Jepun itu tidak memberitahu mengenai kecurian maklumat tersebut sehingga kelmarin, beberapa jam selepas ia mempamerkan komputer tablet pertama keluarannya.

Tindakan Sony menangguhkan pengumuman mengenai penggodaman itu mencetuskan kemarahan pengguna-pengguna gajet tersebut, hampir 90 peratus daripadanya di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Perasaan marah dalam kalangan pengguna permainan itu diluahkan di laman forum PS3news.com.

“Jangan membeli apa-apa pun yang berkaitan dengan Sony.

“Saya perlu menukar semua akaun manakala kad kredit dikeluarkan semula untuk melindungi diri saya daripada kegagalan Sony,” kata seorang anggota forum tersebut, Jarvis.

Para pembeli-belah di London menyatakan mereka akan keluar dari rangkaian Playstation yang membolehkan mereka bermain permainan bersama 77 juta pengguna.

Salah seorang pengguna yang hanya dikenali sebagai Albert berkata, dia terpaksa menimbang semula sama ada untuk menggunakan permainan tersebut. – Agensi

p/s: PlayStation 3 boleh kena godam?

Ninja pantau keselamatan orang ramai?

SEORANG kanak-kanak melihat aksi ninja yang berkawal di Royal Tunbridge Wells di Kent baru-baru ini.

KENT, Britain - Seorang lelaki tidak dikenali lengkap berpakaian hitam seperti ninja digelar sebagai penyelamat kerana sering menghulurkan bantuan kepada orang awam di jalan-jalan sekitar Royal Tunbridge Wells di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki dipercayai berusia 25 tahun yang memakai topeng dengan pakaian seperti atlet judo itu memerhatikan jalan-jalan raya, menegur setiap kesalahan orang ramai, sekali gus menjadi hero kepada penduduk di bandar Kent.

Antara tugas yang dilakukan oleh ninja tersebut termasuk memulangkan semula kucing yang hilang kepada pemilik haiwan itu dan memberi amaran kepada para pemandu supaya meletakkan kenderaan mereka di kotak parkir yang ditetapkan bagi mengelak risiko disaman.

Dia juga membantu warga tua untuk melintas jalan sehingga membuatkan ramai penduduk yang cukup berterima kasih kepada ninja tersebut.

Ninja itu juga memuat turun gambar dan videonya di laman sosial Facebook dengan menyatakan bahawa dia ingin menegakkan keadilan di sekitar Kent.

"Ada segelintir orang di Facebook mendakwa saya sengaja mereka-reka cerita tentang ninja ini. Tetapi saya akui, sayalah ninja itu.

Polis Kent Barat mengaku pihaknya tidak menyedari kemunculan ninja tersebut.

Namun, ia memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menegakkan undang-undang dengan menggunakan pendekatan sendiri. - Agensi

p/s: bestnya..kalau Malaysia, boleh buat macam ni tanpa makan gaji? hehehe..

Tuesday 26 April 2011

Gimnasium bogel di Sepanyol?

BEBERAPA pengguna berbogel semasa menggunakan peralatan bersenam di gimnasium Easy Gym di Arrigorriaga, Sepanyol baru-baru ini.

ARRIGORRIAGA - Para pengguna gimnasium Easy Gym di sini, Sepanyol dibenarkan berbogel termasuk wanita semasa mereka menggunakan peralatan untuk bersenam, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemilik gimnasium itu, Mercehe Laseca memberitahu Perbadanan Penyiaran Britih bahawa keputusan itu dibuat adalah kerana untuk mendapatkan lebih ramai pengunjung.

"Ekoran krisis (ekonomi), kami mengetahui hanya terdapat sejumlah kecil orang yang menggunakan gimnasium.

"Namun, inisiatif (membenarkan pengguna berbogel) adalah kerana wang," kata Laseca.

Namun, dia berasa kecewa pada hari pertama para pengguna dibenarkan berbogel kerana hanya empat orang sahaja termasuk wanita yang tidak memakai sebarang pakaian semasa bersenam.

Walaupun sambutan kurang menggalakkan, seorang guru yoga sudah menawarkan untuk membuka kelas untuk para pelajarnya berbogel di gimnasium tersebut. - Agensi

p/s: kalau Malaysia, perlukah kita bogel? best tak? hehehe..

Sunday 24 April 2011

Burung helang terbang terbalik?

Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik di Prince Rupert Kanada.

PRINCE RUPERT, Kanada - Seorang pengurus penerbitan yang meminati burung, Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik, lapor sebuah akhbar kelmarin. Pengurus itu, Pam Mullins, 49, menghabiskan masa selama bertahun-tahun untuk cuba merakamkan gambar tersebut.

Gambar itu berjaya dirakamkan dekat rumahnya di Prince Rupert, Kanada.

"Sungguh susah untuk merakamkan aksi burung helang itu kerana ia berlaku terlalu pantas," katanya.

Aksi burung helang yang dirakamkan dalam foto itu hanya berlaku dalam sekelip mata yang menunjukkan gerakan akrobatik haiwan itu. - Agensi

p/s: cute kan? hehe..